Thursday, April 29, 2010

Pertandingan Pendidikan Lalulintas SHELL Negeri Melaka 2010

SK Seri Bandar telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan bagi kategori Sekolah Rendah Pertandingan Pendidikan Lalulintas SHELL peringkat Negeri Melaka tahun 2010. Seramai 17 orang murid telah mewakili sekolah dalam pertandingan tersebut yang telah diadakan di Taman Bandaraya MBMB, Bukit Serindit pada 19 dan 20 April lalu. Persembahan cemerlang telah ditunjukkan oleh Farah Aqilah dan Muhammad Shahril dengan menjuarai acara individu masing-masing iaitu berjalan kaki dan berbasikal. Muhammad Qayyum dan Iffah pula telah mendapat naib johan dalam kategori Ujian Berkomputer.

No comments:

Post a Comment